Wednesday, September 29, 2010

Untukmu


Menimba ilmu di menara gading
Cita-citaku semenjak ku kecil
Kini,
Aku Berjaya mengapainya
Hanya
Menunggu masa yang dinanti
Aku keluar dari puncak tinggi ini
Dengan segulung ijazah
Penuh kepujian

Disebalik cita – citaku
Tercoret satu kisah luka
Hati ku hampa
Sedih meruntun jiwa
Insan tersayang
Tiada disisi
Tersenyum melihat ku
Di puncak tinggi
Ku bayangkan senyuman itu
Namun air mata berlinang dipipi
Kerna itu hanyalah anganan ku
Tiada lagi
Senyuman tawamu


Bagaimana riakmu
Kala aku di menara gading
Itu yang ku nanti sejak dulu lagi
Betapa gembira
Bangganya dirimu terhadap diriku

Tapi kini
Hanyalah aku
Keseorangan berjalan
Memenuhi keperluan
Persiapan untukku
Menimba ilmu

Ku pasangkan layar anganku
Sedang Takbir raya bergema
Aku pulang ke kampung
Dirimu menantiku dimuka pintu
Pelbagai juadah hari raya
Buat santapanku
Betapa aku menanti saat itu
Tapi
Juadah hari raya kini aku persiapkan
Untuk hidangan adik- beradik yang lain
Sedih singgah di pintu hati
Sedapnya air tangan mu
Tiada tolok bandingnya
Walaupun aku anakmu,tiada tumpah sedikit pun
Itu hanyalah satu rekaan ku
Mengisi ruang di hati
Yang kosong



Diakhir harimu
Aku lalai
Aku cuai
Alpa segala kebutuhanmu
Anak apakah aku ini?
Tiada rasa sayang yang ku pamerkan untukmu
Maafkan aku
Rasa kasih dan sayangku
Tak dapat aku luahkan
Tak dapat aku tunjukkan
Aku lemah hal sebegini
Maafkan aku

Namun aku tahu
Perihalku
Adalah dari mu jua
Tidak pernah kau
Membelaiku
Menunjukkan kasihmu
Tetapi
Aku tahu
Dirimu sangat menyayangi
Anak-anakmu
Dengan tabah dirimu
Membesarkan kami
Tanpa memikirkan soal dirimu

Terkenangku dikala aku 10 tahun
Aku menangis ,teresak-esak
Tidak menghiraukanmu
Merajuk!
Hanya kerana
Tiada duit dapat kau hulurkan kepadaku
Sebuah buku English,itu permintaanku!
Sekeping nota kau selitkan ditangan ku
“beri pada sepupumu itu disekolah”
Aku diam membisu
Protes ku tidak bernoktah
Muncung mulutku
Duit dihulur setelah nota dibaca
Buku ditangan
Gembira tak terkata
Kecilnya aku
Tuk mengerti semuanya
Baru ku sedar,
Kau tidak akan pernah memujukku
Tapi disebalik itu
Kau tunaikan segala permintaanku
Bercucuran airmataku
Saat ku menulis ayat-ayat ini
Kerna kini
Aku meniti 21 tahun
Baru ku mengerti segala perilakumu
Maafkan aku...
Kini
Anak sulungmu
Mengambil alih tugas-tugasmu
Menjaga kami,adik-adiknya
Masih juga meneruskan perjuangan mu dulu
Tidak pernah terpesong
Dia juga sepertimu
Tidak pandai menggunakan kasih sayang
Tapi setiap permintaan ku
Akan termakbul
Lambat dan cepat saja
Yang membezakannya
‘’aku kan abg....’’
Sering dikatakan kepada kami
Gembira kami seketika
Kalaulah dirimu ada disisi kami ketika ini
Sebalik kata- katanya
Pernah terluah
‘’kalaulah mak boleh hidup balik,
Aku tak kisah bayar berapa pun...’’
Itu lah abang
Aku pula
Sering menganggap
Dirimu ke Negara jiran untuk bercuti
Bila dan dimana aku tidak kisah
Bila pulangnya dirimu aku tidak ambil pusing
Kerana bagiku
Dirimu berseronok dan bahagia disana
Tapi kenyataannya

Aku cuba tabahkan diriku
Kala di rumah bersendirian
Teringat aku saat bersamamu
Hanya dirimu menjadi teman ku dirumah
Pergimu takkan ku lupakan
Dirumah ini juga
Kini
Tiada siapa
Hanyalah aku....

Kecewa lagi~


Haish!
agakya pintu hati aku tuk insan bernama lelaki da tertutup kot
hahahaha
aku pun xtau nape leh ckp cam ni
tapi aku terpaksa
cos bile aku rapat ngan someone ni mesti da ad awek!
adeh!
aku paling xsuke bile psl aku xpsl2 org len gaduh lak..
so bek xyah kwn kn
tp aku bkn xnk kwn dorg
tp bile awek dorg da pndang semcm je ngan ak
xkan ak nk wat bodo kot
biar ar dorg hepy...
aku???
da bese cam gini
so pe leh wat?
ak hepy pe yg ak ad skang
ak pecaye pasti ad hikmah di sblik sume ni..
chilll!